Showing posts with label empangan Telom. Show all posts
Showing posts with label empangan Telom. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

pekerja empangan dihalau penduduk Pos Lenjang(水坝勘察工作人员被驱赶)

Pada 20hbOgos, TNB telah menghantar sebuah mesin driller ke Pos Lenjang untuk mengkaji tanah di situ, membuktikan bahawa kebimbangan penduduk Orang Asli tentang kemungkinan TNB akan membina sebuah empangan di situ memang berasas, menurut Jeffrey Hassan, penduduk Pos Lanai.

Penduduk Pos Lenjang yang terkejut dan marah kerana tanah adat diceroboh telah bertindak pantas. Mereka berkumpul beramai-ramai di tempak pekerja TNB membawa mesin mereka dan mengarahkan pekerja tersebut beralih segera dari situ. Pekerja takut sehingga mengigil dan telah lari lintang pukang.

http://youtu.be/pdNhqmpvIkI?list=UUjleS94D7pb0oiFirydevNw
( Video tentang reaksi penduduk Pos Lenang terhadap cadangan projek empangan)

Malangnya, 2 hari kemudian, mesin tersebut telah sampai di tapak empangan Telom di Pos Lanai tanpa pengetahuan penduduk Orang Asli di situ.Jeffey amat kesal dengan perbuatan TNB yang tidak menghormat adat dan hak Orang Asli Pos Lanai. Sedangkan projek empangan Telom masih belum membentangkan EIA, dan kajian SEIA masih dijalankan, mengapa TNB boleh menghantar mesin berat ke tapak cadangan empangan tanpa pertujuan tuan-tuan punya tanah yang terlibat? Berikut merupakan memorandum penduduk Pos Lenjang yang membantah projek empangan di tempat mereka.


Friday, 29 August 2014

TNB pujuk Orang Asli Pos Lanai terima kajian SEIA


Walaupun Orang Asli Pos Lanai, Lipis, Pahang telah menyerahkan memorandum membantah projek Empangan Telom kepada TNB sebanyak 2 kali, namun syarikat yang ingin membina empangan tersebut tetap tidak berputus asa memujuk penduduk supaya menerima kajian SEIA.

Pada 28 Ogos 2014(semalam), dalam perjumpaan antara penduduk dengan TNB, JAKOA dan MP2 BN di Pos Pantos, mereka cuba mengugut penduduk dengan mengatakan bahawa mereka mungkin akan tidak mendapat apa2 sekiranya terus DEGIL untuk tidak menerima kajian SEIA.

video ini adalah perjumpaan pada bulan Mei antara TNB dengan penduduk di Pos Pantos.

 http://youtu.be/F7NjAlpTfK4?list=UUjleS94D7pb0oiFirydevNw


尽管受拟建彭亨州Telom水坝计划影响的原住民已经两度呈交备忘录于国能公司,以说明其反对水坝计划的意愿,可是后者三番四次尝试说服原住民接受社会评估报告调查。据悉,昨天(8月28日),国能公司连同原住民发展局(Jakoa)不仅再度尝试说服原住民接受调查,更威胁居民说,继续固执不接受调查可能会导致他们无法获得赔偿。

此纪录片为今年5月假pos pantos举行的居民和国能对话片段。