Showing posts with label Orang Asli. Show all posts
Showing posts with label Orang Asli. Show all posts

Tuesday, 7 October 2014

Orang Asli Sungai Raya, Simpang Pulai Bantah Projek Agro-tourism



Lebih seratus Orang Asli dari 6 kampung di mukim Sungai Raya, Simpang Pulai,Perak berkumpul di Kampung Jantung Baru untuk mendengar taklimat dan menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sebuah projek agro-tourism seluas 300 ekar yang akan menceroboh sebahagian daripada tanah adat dan wilayah mereka.

Monday, 6 October 2014

Orang Asli Simpang Pulai Bantah projek yang ceroboh tanah adat

Kira-kira 100 orang asli dari 4 buah kampung di Mukim Sungai Raya, daerah Kinta, Perak berkumpul pada 5hb Oktober di Kampung Jantung Baru untuk mendengar taklimat tentang sebuah projek agro-tourism yang memajakkan tanah seluas 300 ekar oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak kepada syarikat Obor Hasil Sdn Bhd untuk mengusahakan tanaman kelapa sawit.

Projek tersebut yang akan dijalankan di kawsan hutan simpan turut akan mencerobohi sebahagian daripada Tanah Adat dan Wilayah Orang Asli di 4 buah kampung tersebut. Penduduk kampung hanya mengetahui tentang rancangan tersebut apabila mereka melihat papan tanda tentang projek didirikan di tapak yang akan diceroboh.

Dalam sesi dialog dengan ahli parlimen Gopeng YB Lee Boon Chye dan peguam Orang Asli Bah Tony dan beberapa NGO yang lain, penduduk kampung telah menyuarakan ketidakpuasan mereka dan tekad mereka membantah projek tersebut.

Menurut pegawai lapangan Sahabat Alam Malaysia Encik Meor Razak yang turut hadir, kerajaan Perak telah menukar status tanah kawasan tersebut dari hutan simpan ke tanah milik.Projek tersebut bukan sahaja akan menjejaskan rezeki dan kehidupan Orang Asli, ia juga akan menjejaskan kawasan tadahan air dan mengugat hidupan liar kerana kawsan tersebut ialah koridor hidupan liar di central forest spine.

Penduduk2 yang ditemuduga berikut membantah sekeras-kerasnya projek yang akan memusnahkan tanah adat dan wilayah mereka.


Monday, 29 September 2014

Orang Asli Ganoh,Rompin tuntut pampasan

Lebih daripada 100 Orang Asli dari Kampung Ganoh, Rompin, Pahang berhimpun secara aman untuk menuntut syarikat lombong besi supaya membayar pampasan kepada mereka. Tanah adat dan wilayah Orang Asli di kampung tersebut telah dikorek dan dihancur oleh syarikat lombong tanpa bantahan dan pendapat mereka diambilkira oleh pihak berkuasa.

Orang kampung telah membuat bantahan kepada wakil rakyat dari UMNO, BN tetapi setakat ini bantahan mereka masih tidak dihiraukan. Punca berita tertentu berkata lesen lombong bijih besi tersebut dimiliki oleh kerabat sultan Pahang.

Sunday, 21 September 2014

Documentary Screening on Seletar Issues

Peoples Documentary is in the process of finalizing a documentary series on issues faced by the Seletar Orang Asli of Johore Straits. We welcome any organization or individual who are interested to organize a screening and talks on this documentary called: The Sea Gypsies who are losing their sea.

Students, undergraduates, youth organization, teachers or any member of the public are welcomed to co-organize such event so understand the communities and issues they are facing.

Friday, 12 September 2014

A "People First" hydroelectric project by TNB

Tenaga Nasional Bhd(TNB) is carrying out a hyroelectric project and start to resettle Orang Asli from 3 villages. They claimed before the press that this is going to be a "People First" project as Orang Asli to be affected will be very well taken care of.

Watch this video to hear from orang asli of Kampung Susu who were forced relocated, whether the project is "people First" or "Profit First".




国能公司正在金马仑进行着一项巨型水利发电计划,并开始着手搬迁三个村庄的原住民。他们向媒体宣称,这将会是一项“以人民为先”的计划。

请观看此纪录片,让受搬迁计划影响的原住民告诉我们,这究竟是“以民为先”的计划,还是“利益至上”的计划?


KOMPENI DAPATKAN SURAT PERINTAH MAHKAMAH BAGI UKUR KAWASAN ORANG ASLI GEBOK

11 September 2014 ,Mantin ,Negeri  Sembilan– Penduduk  Asli  Kampung  Gebok telah  melakukan  perjumpaan  bersama  pegawai  JAKOA Daerah Negeri Sembilan,En.Yaccob  yang  datang  ingin memperbetulkan salah faham  penduduk Asli  Gebok  tentang  menyatakan  mereka  membawa juruukur ke dalam kampung Gebok pada hari semalam. Pihak JAKOA memaklumkan bahawa mereka tidak tahu  mengenai Syarikat Cekal Sempurna yang  mengeluarkan surat perintah mahkamah untuk mengukur kawasan kampung  Orang Asli Gebok.Menurut nasihat Bah Tony (Peguam Orang Asli), 

Syarikat berkenaan hanya memiliki lot pemilikan sementara sahaja, oleh itu, kompeni berkenaan ingin membuat  pengukuran semula kerana mahu mendapatkan pemilikan tetap kawasan tersebut. Salah satu usaha mereka  adalah pihak Syarikat telah menghantar surat  perintah mahkamah  kepada pihak  Pejabat Tanah dan Daerah untuk  melantik juruukur  bagi mengukur kawasan kompeni ini.Beberapa tempoh cubaan pihak ini telah lakukan sebelum ini namun penduduk  

Asli di situ masih  tidak membenarkan mereka mengukur kerana  perlakuan itu  adalah tidak menghormati dan mengikuti  prinsip yang termaktub dalam Undang-undang Antarabangsa  yang mengkitiraf HAK Orang Asal Sejagat di mana pihak luar  berhak mematuhi Izin,Makluman,Bebas dan Telus (I.M.A.B.T)  sekiranya mereka memasuki  ke kawasan yang dipercayai Tanah dan Wilayah Adat Orang Asli. Penduduk Asli Gebok dengan  tangkas membuat laporan polis atas faktor sikap pihak Syarikat ini yang sambil lewa tidak menghormati  Hak Orang Asli Gebok mendapatkan maklumat dengan lebih telus.Mereka  mendengar sendiri hari ini janji En.Yaccob untuk menyelidiki  isu Syarikat Cekal Sempurna ini yang  tidak memaklumkan langsung  apakah tujuan sebenar mereka  mengukur kawasan  kampung Gebok.

Ditulis dan sediakan oleh Asmida Vira

Saturday, 6 September 2014

Kesan Perpindahan Secara Paksa oleh Projek hidroeletrik Ulu Jelai


124 hektar tanah adat dan wilayah  daripada 14 buah kampung Orang Asli di Cameron Highland, Pahang akan ditenggelamkan oleh projek hidroelektrik Ulu Jelai atau Empangan Susu. Di mana 3 buah kampung akan dipindahkan. Dokumentari ini mendedahkan kesan penempatan semula ke atas Orang Asli Kampung Susu oleh pemaju projek iaitu TNB. Abdul Latif kata mereka ibarat hidup dalam penjara setelah dipindahkan dari kampung lama.

http://youtu.be/_5Xtxir8MdQ

Susu Dam or Ulu Jelai hydroelectric project at Cameron Highland would flood 124 hectares of customary land and territory belongs to 14 Orang Asli villages and force relocate 3 villages. This documentary exposed the negative social implications of forced resettlement by TNB on the villagers of kampung Susu.


Saturday, 30 August 2014

Merdeka? Merdeka? Merdeka?

Lets hear what an Orang Asal have to say in Hari Merdeka Malaya:

听听我们的原住民朋友对马来亚独立日的心声:

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Pada aku TIADA istilah merdeka untuk Orang Asli .
Tanah Orang Asli sentiasa menjadi buruan2 para kapitalis yg gilakan wang.
Setiap inci Tanah kami dirampas dijajah atas nama pembngunan yg tidak masuk akal mengenyangkan kocek2 kapitalis2 ini.
Sedangkan bagi Orang Asli mereka hanya mahu hidup atas tanah yg mereka usahakan dari generasi ke generasi warisan nenek moyang tanpa menganggu 1 inci pun tanah2 yg kononnya milik kapitalis2 ini.
Lagi mengejutkan Orang Asli bakal diwasiatkan dengan DPTTOA.
Inilah yg mereka2 kata kemajuan untuk Orang Asli.Sedangkan kesan DPPTOA amat buruk buat OA dan ini dianggap pelupusan etnik secara halus dan terancang.
Apa yg Orang Asli mahu hanya tanah2 wilayah adat kami diIKTIRAF dan hak2 kami sebagai manusia dihormati.
Inilah baru erti KEMERDEKAAN buat kami warga Orang Asli di Malaysia .
Nukilan-leestrato 30/8/2014 08:38pm( penulis di sebelah kiri gambar bawah)

作者是在照片左边那一名


Thursday, 28 August 2014

Tanah Runtuh di Sungai Ruil 3 tahun dulu(三年前的夺命土崩)

3 tahun yang lalu, suatu tanah runtuh yang meragut nyawa 7 Orang Asli berlaku di Kampung Sungai Rui, Cameron Highland. Menteri Besar Pahang dah mendakwa kejadian tersebut sebagai bencana alam awal-awal lagi. Namun begitu, lawatan Peoples Documentary pada masa itu menunjukkan gejala2 yang lebih menyokong kemungkinan bahawa tragedi tersebut diakibatkan oleh kerja2 pembangunan yang berhampiran.

http://youtu.be/kHeOhzVd0NU?list=UUjleS94D7pb0oiFirydevNw

3 years ago, a deadly landslide at kampung Sungai Rui, Cameron Highland which claimed 7 Orang Asli lives was announced as caused by Natural Disaster by Pahang MB. But a visit to the tragedy scene by Peoples Documentary revealed that, a new township project which is suspected to be the cause of the incident was carrying out massive earthwork.