Saturday, 30 August 2014

Merdeka? Merdeka? Merdeka?

Lets hear what an Orang Asal have to say in Hari Merdeka Malaya:

听听我们的原住民朋友对马来亚独立日的心声:

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Pada aku TIADA istilah merdeka untuk Orang Asli .
Tanah Orang Asli sentiasa menjadi buruan2 para kapitalis yg gilakan wang.
Setiap inci Tanah kami dirampas dijajah atas nama pembngunan yg tidak masuk akal mengenyangkan kocek2 kapitalis2 ini.
Sedangkan bagi Orang Asli mereka hanya mahu hidup atas tanah yg mereka usahakan dari generasi ke generasi warisan nenek moyang tanpa menganggu 1 inci pun tanah2 yg kononnya milik kapitalis2 ini.
Lagi mengejutkan Orang Asli bakal diwasiatkan dengan DPTTOA.
Inilah yg mereka2 kata kemajuan untuk Orang Asli.Sedangkan kesan DPPTOA amat buruk buat OA dan ini dianggap pelupusan etnik secara halus dan terancang.
Apa yg Orang Asli mahu hanya tanah2 wilayah adat kami diIKTIRAF dan hak2 kami sebagai manusia dihormati.
Inilah baru erti KEMERDEKAAN buat kami warga Orang Asli di Malaysia .
Nukilan-leestrato 30/8/2014 08:38pm( penulis di sebelah kiri gambar bawah)

作者是在照片左边那一名


No comments:

Post a Comment