Sunday 31 August 2014

Orang Asli Kg Susu kini rasa hidup dalam penjara

Orang Asli kaum Semai yang dipaksa berpindah ke penempatan semula pada bulan Jun 2014 kerana projek hidroelektrik Ulu Jelai, kini rasa mereka bagai hidup dalam penjara. Abdul Latif Ahmad yang ditemuduga kami hari ini berkata begitu kerana sejak berpindah ke situ, 44 keluarga Orang Asli dari Kampung Susu kini hilang mata pencarian kerana langsung tiada tanah untuk mereka usahakan.

Subsidi bulan sebanyak RM700 yang dijanjikan oleh TNB atau pemaju projek belum diterima oleh penduduk. Setakat ini kebanyakan janji2 TNB belum ditunaikan melainkan pampasan pemindahan sebanyak RM700 dan gantirugi untuk sebahagian daripada pokok2 kebun di tanah adat yang bakal ditenggelami air empangan.


Abdul Latif juga berkata bahawa penduduk Kg Susu telah dipaksa berpindah pada 6hb Jun oleh TNB dan JAKOA yang diiringi oleh anggota polis yang bersenjata.Suatu perjumpaan diadakan pada pagi tersebut dan Orang Asli yang enggan berpindah kerana kebanyakan syarat2 janji belum dipenuhi terpaksa dipindahkan petang hari itu juga.Beliau berkata:" Pegawai JAKOA berkata kalau kami tidak pindah, kami akan kehilangan hak atas tanah adat."

Osman bin Ariffin, penduduk yang berkerja di luar pula kata, rumah PPRT yang diberi sebagai pampasan oleh TNB hanya diberi kepada isi rumah yang menetap di Kg Susu dan mereka yang bekerja di luar tidak mendapat rumah. Ini telah meyebabkan lebih kurang 10 keluarga tidak mendapat rumah PPRT yang sebelum itu dijanjikan oleh TNB sebagai BUNGALOW MEWAH. 

Projek hidro Ulu Jelai dijangka akan memindahkan Orang Asli dari 3 buah kampung yang akan tenggelam iaitu Kg Susu, Kg Tiat dan Kg Pinang. Setakat ini, hanya penduduk Kg Susu yang telah pindah( dipaksa), sementara penduduk dari 2 kampung lagi belum pindah kerana penempatan semula belum siap dibina dan kami difahamkan kesemua penduduk yang terlibat tidak tahu samada tanah kebun akan diberi kepada mereka untuk meyara hidup kerana janji2 TNB setakat janji mulut sahaja.

No comments:

Post a Comment