Friday 12 September 2014

KOMPENI DAPATKAN SURAT PERINTAH MAHKAMAH BAGI UKUR KAWASAN ORANG ASLI GEBOK

11 September 2014 ,Mantin ,Negeri  Sembilan– Penduduk  Asli  Kampung  Gebok telah  melakukan  perjumpaan  bersama  pegawai  JAKOA Daerah Negeri Sembilan,En.Yaccob  yang  datang  ingin memperbetulkan salah faham  penduduk Asli  Gebok  tentang  menyatakan  mereka  membawa juruukur ke dalam kampung Gebok pada hari semalam. Pihak JAKOA memaklumkan bahawa mereka tidak tahu  mengenai Syarikat Cekal Sempurna yang  mengeluarkan surat perintah mahkamah untuk mengukur kawasan kampung  Orang Asli Gebok.Menurut nasihat Bah Tony (Peguam Orang Asli), 

Syarikat berkenaan hanya memiliki lot pemilikan sementara sahaja, oleh itu, kompeni berkenaan ingin membuat  pengukuran semula kerana mahu mendapatkan pemilikan tetap kawasan tersebut. Salah satu usaha mereka  adalah pihak Syarikat telah menghantar surat  perintah mahkamah  kepada pihak  Pejabat Tanah dan Daerah untuk  melantik juruukur  bagi mengukur kawasan kompeni ini.Beberapa tempoh cubaan pihak ini telah lakukan sebelum ini namun penduduk  

Asli di situ masih  tidak membenarkan mereka mengukur kerana  perlakuan itu  adalah tidak menghormati dan mengikuti  prinsip yang termaktub dalam Undang-undang Antarabangsa  yang mengkitiraf HAK Orang Asal Sejagat di mana pihak luar  berhak mematuhi Izin,Makluman,Bebas dan Telus (I.M.A.B.T)  sekiranya mereka memasuki  ke kawasan yang dipercayai Tanah dan Wilayah Adat Orang Asli. Penduduk Asli Gebok dengan  tangkas membuat laporan polis atas faktor sikap pihak Syarikat ini yang sambil lewa tidak menghormati  Hak Orang Asli Gebok mendapatkan maklumat dengan lebih telus.Mereka  mendengar sendiri hari ini janji En.Yaccob untuk menyelidiki  isu Syarikat Cekal Sempurna ini yang  tidak memaklumkan langsung  apakah tujuan sebenar mereka  mengukur kawasan  kampung Gebok.

Ditulis dan sediakan oleh Asmida Vira

No comments:

Post a Comment