Monday, 1 September 2014

Pakar SEIA ugut Orang Asli Pos Lanai

Seorang pakar dalam kajian SEIA yang mempunyai pangkat doktor dari UiTM mengugut Orang Asli Pos Lanai, Lipis, Pahang pada 28 Ogos, bahawa mereka akan kehilangan hak untuk menuntut pampasan atas tanah adat yang bakal ditenggelami oleh Empangan Telom yang dicadang bina oleh TNB.

En.Jeffrey Hasan selaku pengerusi jawatankuasa bertindak pembangunan tanah dan wilayah adat Kg Orang Asli Pos Lanai berkata demikian semasa ditemuduga oleh Peoples Documentary pada 31 Ogos di Pos Betau. Menurut beliau TNB dan JAKOA mengadakan perjumpaan dengan penduduk Pos Lanai di SK POs Lanai di Pos Pantos pada 28 Ogos untuk sekali lagi memujuk penduduk supaya menerima kajian soal selidik SEIA yang dijalankan oleh pelajar2 UiTM, sebagai badan yang bertugas untuk TNB untuk menyediakan laporan SEIA projek empangan Telom.

 Semasa mesyuarat diadakan antara penduduk dengan pihak TNB, JAKOA dan turut dihadiri wakil rakyat BN, ada sebahagian penduduk yang menolak kajian SEIA atas sebab mereka tidak menerima projek empangan. Setelah mesyuarat tamat, seorang pensyarah UiTM yang bertanggungjawab dalam kajian SEIA tersebut memberitahu Jeffrey bahawa sekiranya mereka terus DEGIL dan tidak menerima kajian SEIA, besar kemungkinan mereka akan hilang hak untuk menuntut pampasan atas tanah adat yang akan ditenggelami apabila empangan mula bertakung.

Jeffrey kata, berpuluh2 isirumah telah menerima kajian soal selidik yang dijalankan oleh pihak UiTM kerana mereka takut akan tidak mendapat apa2 pampasan atau subsidi. Mereka diminta mengisi semua maklumat penting seperti no IC dll tetapi tidak diberi salinan borang kajian SEIA tersebut. Jeffrey sempat minta salinan photocopy untuk borang2 tersebut, salah satunya seperti di bawah.

Jeffrey amat kesal dengan perbuatan pensyarah UiTM tersebut yang sepatutnya menjalankan kajian dengan adil dan professional. Beliau berharap peguam2 dan NGO2 yang arif dapat membantu penduduk kampung supaya mereka tidak tertipu dan terpedaya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment