Tuesday, 2 September 2014

pekerja empangan dihalau penduduk Pos Lenjang(水坝勘察工作人员被驱赶)

Pada 20hbOgos, TNB telah menghantar sebuah mesin driller ke Pos Lenjang untuk mengkaji tanah di situ, membuktikan bahawa kebimbangan penduduk Orang Asli tentang kemungkinan TNB akan membina sebuah empangan di situ memang berasas, menurut Jeffrey Hassan, penduduk Pos Lanai.

Penduduk Pos Lenjang yang terkejut dan marah kerana tanah adat diceroboh telah bertindak pantas. Mereka berkumpul beramai-ramai di tempak pekerja TNB membawa mesin mereka dan mengarahkan pekerja tersebut beralih segera dari situ. Pekerja takut sehingga mengigil dan telah lari lintang pukang.

http://youtu.be/pdNhqmpvIkI?list=UUjleS94D7pb0oiFirydevNw
( Video tentang reaksi penduduk Pos Lenang terhadap cadangan projek empangan)

Malangnya, 2 hari kemudian, mesin tersebut telah sampai di tapak empangan Telom di Pos Lanai tanpa pengetahuan penduduk Orang Asli di situ.Jeffey amat kesal dengan perbuatan TNB yang tidak menghormat adat dan hak Orang Asli Pos Lanai. Sedangkan projek empangan Telom masih belum membentangkan EIA, dan kajian SEIA masih dijalankan, mengapa TNB boleh menghantar mesin berat ke tapak cadangan empangan tanpa pertujuan tuan-tuan punya tanah yang terlibat? Berikut merupakan memorandum penduduk Pos Lenjang yang membantah projek empangan di tempat mereka.


No comments:

Post a Comment