Monday 29 September 2014

Orang Asli Ganoh,Rompin tuntut pampasan

Lebih daripada 100 Orang Asli dari Kampung Ganoh, Rompin, Pahang berhimpun secara aman untuk menuntut syarikat lombong besi supaya membayar pampasan kepada mereka. Tanah adat dan wilayah Orang Asli di kampung tersebut telah dikorek dan dihancur oleh syarikat lombong tanpa bantahan dan pendapat mereka diambilkira oleh pihak berkuasa.

Orang kampung telah membuat bantahan kepada wakil rakyat dari UMNO, BN tetapi setakat ini bantahan mereka masih tidak dihiraukan. Punca berita tertentu berkata lesen lombong bijih besi tersebut dimiliki oleh kerabat sultan Pahang.

No comments:

Post a Comment